Sunday, January 11, 2009

Bagaimana bermulanya Israel menguasai Palestin???

Ketika rencana ini ditulis kita tidak tahu bagaimana akhrnya nasib penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikepung, diseksa dan dibunuh oleh rejim Israel, pada ketika yang sama pemimpin dunia Islam, khususnya dunia Arab, hanya 'terkebil-kebil' mendengar dan melihat penyeksaan rejim Yahudi ini di kaca TV.

Kutukan demi kutukan dari pemimpin umat Islam, dari anggota OIC dan NGO-NGO hak-hak asasi manusia. Sementara Kesatuan Eropah dan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Amerika hanya meminta tentera Israel tidak menyerang kawasan penduduk awam, ertinya bolehlah menyerang untuk sasaran militan Arab di Gaza saja.

Ulang tayang

Peristiwa serangan ini adalah ulangan tindakan Israel sejak puluhan tahun lalu dan hingga kini, iaitu sejak zaman Presiden Richard Nixon, malah sebelum itu lagi, hingga zaman Barack Obama yang sesetengah orang diharapkan ada perubahan.

Kini serangan itu berterusan, ratusan rakyat Gaza terbunuh setiap hari, mayat bergelimpangan, bangunan runtuh, hospital musnah, tidak ada jalan keluar bagi rakyat Gaza untuk mendapatkan makanan.

Mesir juga menutup sempadannya untuk tidak membenarkan pelarian Palestin tumpah lagi ke negara itu. Syria, Libya, Jordan dan negara Arab lain tidak lagi mampu menerima pelarian yang berjumlah berjuta-juta banyaknya.

Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanuiaan yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi pembunuhan Nazi Jerman terhadap orang Yahudi di Eropah.

Tidak ada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.

Maka jadilah rakyat Paletin di Gaza itu 'bahan ratahan' tentera Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan batu ke arah tentera dan keretakebal Israel, lalu dari muncung kereta kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan mudah.

Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palsetin yang hanya bersenjatakan batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya. Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia.

Adakah harapan buat Obama?

Adakah rakyat Palestin ini mempunyai masa depan? Ini pertanyaan yang sangat sukar dijawab, walaupun daripada pakar mengenai Asia Barat sendiri. Memang ada sesetengah pihak mengharapkan Obama yang berkulit hitam itu melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu Palestin, namun nampaknya rejim tentera Tel Aviv, pimpinan Menteri Pertahanannya yang sangat ganas, Ehud Barat, tidak mungkin bersedia menghentikan serangannya. Ini kerana dia tahu, Amerika dan sekutunya akan terus menyokong Israel.

Jika begitu keadaannya, bagaimana masalah ini dapat diselesaikan? Israel menuduh para pejuang Hamas melancarkan roket di kawasan Israel, ada yang mengena sasaran dan ada yang tidak. Namun hujan roket dari Israel, di samping meriam kereta kebal mereka terus menerus membunuh rakyat Palestin.

Sementara itu bagaimana sikap pemimpin umat Islam, khususnya pemimpin dunia Arab? Selagi mereka masih kekal dengan sikap assobiyah Arab mereka, tidak bersatu atas nama Islam untuk memerangi rejim Yahudi, maka tidak mungkin rejim itu boleh berundur.

Kerdilnya negara Arab

Bayangkan setiap tahun negara Arab membelanjakan beratus bilion dollar Amerika untuk membeli senjata api tercanggih dari pelbagai negara Barat, khususnya Amerika. Namun negara Arab tidak juga mampu memperlihatkan kekuatan tentera mereka untuk menghadapi Israel.
Akhirnya negara Arab hanya menjadi 'pengguna' setia senjata moden Barat, sementara senjata itu tidak juga menolong memperlihatkan 'izzah' (keunggulan, kehebatan) negara Arab sehingga menggerunkan Israel.

Inilah yang berlaku terus menerus, pada ketika yang sama, siapapun yang menjadi Presiden Amerika, negara itu terus melindungi kepentingan Israel.

Benarlah kata ulama tersohor, Sayyid Hasan Ali An-Nadawi dalam bukunya Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam bahawa negara umat Islam perlulah memiliki ilmu dan kekuatan senjata yang cukup disertai kemajuan teknologi supaya dengan kekuatan itu mereka mampu memimpin dunia.

Malangnya, kata An-Nadawi, hampir semua kekuatan ini kini tidak dimiliki oleh umat Islam, pada hal di zaman dulu, umat Islamlah yang memiliki semua kekuatan ini. Kini, katanya, pemimpin negara Arab hanya memikirkan kepentingan negara masing-masing, dilatari oleh sikap assobiyah, atau perkauman Arab yang semakin menebal.

Perlu diingat, kata An-Nadawi lagi, sikap ini menyebabkan runtuhnya Daulah Islamiyah Turki pada tahun 1924, iaitu di tengah-tengah Assobiyah Arab yang tebal itu, ia bertembung pula dengan assobiyah Turki kerana ketika itu Turki juga sangat angkuh dan merasakan ia adalah bangsa besar. Inilah kesan buruk yang dialami sehingga keadaan menjadi begini.

Mula tergadai

Sementara itu, ketika menyaksikan penyiksaan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh rejim Irael itu, kita teringat bagaimana mulanya tanah atau bumi Palestin ini tergadai dan dijual kepada Palestin.

Pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, Sultan Turki terakhir, telah digubal undang-undang dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh orang Arab di Palestin (ketika itu di bawah riayah Daulah Othmaniyah Turki) dilarang dijual kepada Yahudi.
Ini menimbulkan kemarahan British dan Perancis, justru kerana dua negara Eropah itu mahu memperkukuh kedudukan masa depan Yahudi di negara Palestin.

Namun setelah kejatuhan Daulah Othmaniyah Turki, undang-undang itu dimansuhkan oeh Kemal Attaturk yang merampas kuasa. Lalu dengan pantas orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah orang Arab di sana, sementara orang Arab Palestin itu sendiri rela pula menjual tanah mereka.

Dengan itu banyak tanah hak milik Arab Palestin bertukar tangan menjadi hak milik Yahudi hingga kini.

Tanah itu kini didiami oleh orang Yahudi, ditambah pula wujudnya penempatan baru, iaitu tanah yang dirampas dari rakyat Palestin sendiri. Demikianlah sejarah hitam bumi Palestin.
Maka itu ketika Israel menguatkan cengkamannya di bumi para anbia ini, dalam usaha mereka hendak menghapuskan rakyat Palestin, wajar kita merenung semua sejarah pahit ini. Namun pandangan An-Nadawi ini sangat wajar diberikan perhatian. _

Tuesday, January 6, 2009

Zionis boleh runtuh melalui kuasa ekonomi?

Kenyataan Tzipi Livni pada 4 Januari lalu amat keras bersulam benang kesombongan dan dengan congkaknya, Livni berkata, itulah padahnya jikalau Hamas berani menyentuh Israel lagi.

Kata Livni, "Saya harap hasil daripada operasi (membedil Gaza) ini akan memberi kesan jangka panjang. Saat mereka melepaskan tembakan, kita akan membalas dengan serangan besar-besaran.

Mungkin beberapa operasi diperlukan bagi mencapai matlamat ini. Kita telah lama berjuang dan kita mesti lakukan secara kekerasan dari semasa ke semasa."
Dalam tulisan yang lalu, telah kita sentuh tentang kedudukan, sikap dan perawakan Livni yang tidak ubahnya seperti Golda Meir; seorang wanita yang menjawat jawatan Perdana Menteri Israel itu. Ramalan dunia terhadapnya ternyata tepat dan ada kebenarannya.

Livni dalam wawancara bersama sebuah stesen penyiaran Israel itu telah secara lantang, menolak perbincangan bersama Hamas. Menurut Livni, selama ini dia cuma berpura-pura bagi memastikan seluruh dunia memandang kerajaan Hamas sebagai tidak sah.
"Saya menolak mengadakan perbincangan dengan Hamas. Sejak Hamas berkuasa tiga tahun lalu, saya hanya berpura-pura agar seluruh dunia melihat Hamas sebagai tidak sah. Helah itu berjaya dan saya tiada hasrat untuk menukarkannya sekarang," katanya.

Di sebalik kesombongan itu, Livni juga mengakui bahawa mungkin rejim Israel tak akan dapat mencapai apa-apa yang dicita-citakan mereka melalui serangan itu. Wawancara itu berlaku, kira-kira sehari sebelum berlakunya serangan darat di Gaza.

Amerika melalui dutanya ke PBB, Alejandro Wolff, telah pun mengecam Hamas dengan berkata, "Majlis Keselamatan beberapa kali melahirkan kebimbangan mengenai serangan Hamas ke atas Israel."
"Piagam pertubuhan ini menghormati hak setiap anggota mempertahankan dan hak Israel mempertahan diri tidak boleh dirunding," kata Wolff lagi. Sikap ini menunjukkan kepada kita dengan jelasnya bahawa umat Islam tak boleh lagi mendesak badan bukan Islam itu menerajui apa-apa perubahan di wilayah bergolak itu.

Kuasa besar Islam di mana?Prof Dr Ahmad Atory Hussain dalam suatu wawancaranya berkata, berkata, umat Islam hari ini tidak boleh lagi berharap kepada orang bukan Islam bagi menyelesaikan masalah mereka sendiri.

"Orang Islam dan Palestin mesti selesaikan masalah sendiri. Saya lihat, orang-orang Arab asyik salahkan Barat. Tapi, masalah dalaman mereka sendiri, tak pernah diperbaiki.
"Selain itu, mesti wujudkan kuasa besar Islam atau dua buah tiga negara Islam yang mesti disokong orang Islam sendiri. Bukan untuk berperang tapi cukup sekadar menggerunkan Amerika," kata beliau lagi.

Selain itu, tambah Dr Ahmad Atory, masyarakat atau negara bukan Islam seperti Rusia, Perancis dan China keruh hubungannya dengan Amerika dan Israel perlu dilibatkan.
Di samping itu, kita dapat melihat betapa betapa banyaknya syor dan cadangan itu. Sama ada syor itu bersifat tindakan yang boleh dilaksanakan di peringkat rakyat bawahan atau pun peringkat kerajaan atau pihak atasan.

Contohnya, Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar diwujudkan suatu pasukan tentera pengaman OIC sendiri. Tapi syor begini, siapa yang mahu lobi agar ia dapat diwujudkan? Idea banyak, tetapi seolah-olah tiada orang yang menggerakkan, melobi idea itu.
Misalnya, pendapat Dr Ahmad Atory tadi, rasanya pernah disuarakan oleh bekas Presiden Iran, Khatami dahulu dengan namanya Islamic Union yang mirip kpeada European Union (EU), iaitu sebuah pakatan ekonomi dan politik di rantau Eropah.

Hasil pakatan EU itu antaranya telah melahirkan mata wang Euro sebagai saingan kepada mata wang Dollar Amerika.

Mahathir tidak endahkan Islamic Union?Tapi, Mahathir tidak endahkan gagasan itu dan akhirnya gagasan itu sepi begitu saja. Dan dalam kalangan pemberita, wartawan arus perdana pula tidak tergerak pula mereka untuk menggarisbawahkan isu itu menerusi akhbar mereka.
Tetapi akhir-akhir ini, dalam kenyataan terbaru, Dr Mahathir kembali semula dengan idea memulaukan mata wang dollar Amerika itu. Ini sememangnya syor yang baik juga.

Mahathir berkata, antara lain kenapa Dollar Amerika mesti dipulaukan, ialah kerana mata wang itu tiada disandarkan apa-apa nilai terhadapnya.
"Jika anda berhenti mengguna matawang itu, Amerika tak dapat berdagang dan tak dapat banyak duit. Dengan ini, negara itu akan terus menjadi miskin dan Amerika akhirnya akan berhenti menghasilkan senjata-senjata," katanya.

Tetapi, Mahathir mengakui bahawa usaha memulaukan matawang Amerika ini menuntut kepada hubungan kerjasama yang erat di seluruh negara di dunia.
Adakah Mahathir atau Yayasan Perang Jenayah KL Yayasan Kepimpinan Perdana berdaya membawa seruan ini kepada negara-negara dan mampu melobi tindakan ini kepada seluruh kerajaan?
"Tindakan ini tidak terbatas kepada Malaysia saja. Ini tidak akan berkesan. Seluruh dunia mesti terlibat. Kerajaan-kerajaan tak akan bertindak kerana mereka takut kepada Amerika Syarikat," kata beliau seperti menyindir dan mencabar kerajaan Malaysia sendiri.

Adakah Tun Mahathir boleh menyarankan kepada Najib sebagai Menteri Kewangan agar tidak lagi mengguna mata wang dollar Amerika dalam urusan perniagaan sedunia.
Tidak salah ingatan saya, Mahathir pernah menggesa agar ringgit Malaysia diikat kepada RM3.30 untuk setiap dollar Amerika, tetapi Najib berkata bahawa ringgit Malaysia mahu nilai ringgit itu teruskan ditentukan oleh pasaran sahaja.

Tak salah ingatan saya juga, Iran sudah menjalankan urusniaga minyak dalam mata wang Euro dan bukan lagi Amerika Syarikat. Adakah kita bersedia menggunakan Euro?
Tak salah saya juga ada satu laporan menunjukkan bekas Perdana Menteri itu menyimpan sejumlah wang di dalam akaun bank di Israel. Adakah wang itu masih tersimpan atau pun sudah dikeluarkan, tidaklah diketahui pula.

Inilah antara masalah kita sekarang. Watak-watak yang mempunyai buah fikiran terbaik, tetapi ternyata ada konflik lewat tindakannya yang tersendiri.
EU sudah wujudkan Euro. Jika wujud Islamic Union itu, mungkin boleh ada wang dinar emas yang akan dipersetujui pemakaian dan penggunaannya dalam hubungan kerjasama perdagangan antara negara-negara Islam. Tun Mahathir juga setuju dengan dinar ini.

Perjalanan kita membantah Israel sungguh panjang. Tapi, umat Islam masih gagal meraih wacana yang betul-betul kuat dan mantap. Yang tidak banyak melibatkan pemikiran agak senang dilakukan seperti membakar bendera dan berdemo.

Sedangkan, dalam 60 tahun belakangan ini (1948 hingga 2008) pemikir-pemikir Yahudi Zionis telah menyusun protokol-protokol mereka mengguna pemikiran yang tinggi. Jadi, seminggu berdemo dengan semata-mata tenaga belum tentu dapat menyaingi mereka.

Monday, January 5, 2009

10 KERETA TERMAHAL DUNIA


10 kereta termahal dalam dunia ...

1. Bugatti Veyron 16.4Country of Origin: FrancePrice: $1,192,057 (RM 4,168,228)The Veyron uses a 16-cylinder, 1001-hp motor.Withits notorious production delays finally over, Bugatti's Veyron is nowon sale in Europe--and the company wants to bring it to the U.S.





2. Pagani Zonda Roadster F C12S 7.3, Clubsport versionCountry of Origin: ItalyPrice: $667,321 (RM 2,669.284)Pagani is a boutique automaker that builds radical-looking race cars. This version of its Zonda flagship has 650 hpThis expensive new model has helped the Zonda remain in second place on our list, where it ended up last year



3. SSC Ultimate AeroCountry of Origin: U.S.Price: $654,500 (RM 2,618,000)Themost expensive American car is also the fastest. Automaker SSCestimates this vehicle is capable of hitting 260 to 273 mph on thetrack.The Ultimate Aero uses a 1,046-hp V-8.



4. Leblanc MirabeauCountry of Origin: SwitzerlandPrice: $645,084 (RM 2,580,336)Leblancis ramping up production of its new Mirabeau supercar. The companyhopes to make the vehicle street-legal for the U.S. by the end of 2006or early 2007.The Mirabeau is a mid-engine race car that can put out over 700 hp



5. Saleen S7 Twin TurboCountry of Origin: U.S.Price: $637,723 (RM 2,550,892)Saleen'sS7 Twin Turbo has fallen to fifth place from first last year, becauseall four nameplates ahead of it in this year's ranking are new. But theS7 remains one of the more recognizable (that's a relative term here)models on the list.The S7 uses a 750-hp V-8. It can accelerate from zero to 60 mph in under three seconds.


6. Koenigsegg CCRCountry of Origin: SwedenPrice: $545,568 (RM 2,182,278)Koenigsegg's CCR uses an 806-hp V-8.At the recent Geneva Motor Show, Koenigsegg unveiled the CCX, a derivative of its CC family that is street-legal for the U.S.



7. Mercedes-Benz SLR McLarenCountry of Origin: GermanyPrice: $452,750 (RM 1,811,000)Amainstay on our lists of the world's fastest and most expensive cars,the delightful SLR McLaren is about as comfortable and sophisticated asa street-legal race car can be.The SLR is a collaboration between Mercedes and legendary British race car builder McLaren.




8. Maybach 62Country of Origin: GermanyPrice: $448,153 (RM 1,792,612)Maybach's62 ultra-luxury sedan is made by Mercedes-Benz, which has shocked us byproving that a car that is this expensive to build can turn a profit.Whilethe European-spec Maybach 62 is more expensive than the European SLRMcLaren, the U.S. version of the SLR is more expensive than any Maybach.





9. Porsche Carrera GTCountry of Origin: GermanyPrice: $440,000 (RM 1,760,000)Someautomotive publications claim Porsche has stopped selling its CarreraGT supercar. But at press time, Porsche confirmed that its $440,000flagship convertible is still available in the U.S.The Carrera GT uses a ten-cylinder engine--a type of power plant that is rarely seen outside of racing.





10. Maybach 57 SCountry of Origin: GermanyPrice: $430,355 (RM 1,721,420)Maybach's new model, the 57 S, is designed to be a sportier alternative to its other cars, the 57 and 62.The 57 S has more power than the 57 or 62, 604 hp versus 543



Rumah termahal di dunia milik Mukesh Ambani



Inilah Mukesh Ambani, atau nama lengkapnya Shri MukeshD. Ambani, yang sekarang dikatakan sebagai orang terkaya di dunia.Ya, dialah pengusaha kelahiran Yaman yang sekarang bermukim di India. Dialah pemimpin kelompok industri yang bernama Reliance.

Pada 29 Oktober yang lalu, akibat dari menguatnya harga saham perusahaannya, Ambani dinobatkan sebagai orang paling kaya dengan total kekayaan sebesar $63.2 milyar. Berapa rupiahkah itu? Silakan hitung sendiri.Lho, katanya orang paling kaya di dunia itu Bill Gates. ada yang mengatakan Gates sekarang cuma orang terkaya nomor tiga. Yang pertama itu ya Mukesh Ambani ($63.2 milyar), yang kedua Carlos SlimHelu ($62.2993 milyar) dari Meksiko, dan yang ketiga baru William(Bill) Gates ($62.29 milyar) yang bosnya Microsoft itu.
Dengan wang yang begitu banyak, Ambani membangun sebuah rumah untuk diri dan keluarganya (1 istri dan 3 anak). Ini adalah rumah paling mahal didunia dan rumah pertama yang biaya pembuatannya melebihi 1 milyar usd atau 9.2 trillion rp. Rumah seharganya 2 bilion usd ini dibangun di tengah tengah kota Mumbai, India, yang penuh kemiskinan.


Rumah ini direncanakan sudah selesai pembangunannya November tahun ini.
khabarnya lantai 1 sampai 6 hanya buat parkir koleksi mobilnya saja. Setiap penghuni di rumah ini punya gym masing masing, 1 gym per orang. Ada bioskopnya, Ada ballroomnya dan garden.

Indian tycoon Mukesh Ambani, chairman of Reliance Industries, India's largest private sector company, has been mooting the idea of a groundbreaking residence for his family for almost a decade. As is company is leading the charge in Indian real estate, with massive SEZs planned to come up across the country, Ambani wanted his residence, located at Altamount Road, in the heart of Mumbai's skyscraper construction scene, to reflect the future of Indian construction.The design of the Residence Antilia, as it came to be called, was kept a close secret even after construction started a couple months ago. Several days ago, he finally approved the release of the building's design to the public.
The Perkins + Will-designed 27 storey tower already under construction is planned to be the greenest in Mumbai (in apparent conflict with the Park Hyatt Tower and Lodha Bellissimo, which also claim the tag.) Like most capital projects in Mumbai, and reflective of Indian architecture and ancient Indian Vaastu Design, these buildings are to be garden buildings that, since they are skyscrapers, appropriately embody the garden-in-the-sky concept.Residence Antilia goes one step further. It is designed as the largest and tallest "living wall" in the world -- a seamless, vertical garden that encompasses all walls of the building climbing to the 40th floor. Within this Vaastu tradition, the spine is regarded as the main source of support of the building, symbolically leading upward toward enlightenment. The various floor planes encombass a variety of garden tiers, terraces, water falls, ponds, recreational facilities, and enclosed, living areas that takes advantage of the most spectacular views of Mumbai and its waterfront.The building's height is significant. At 245m, it will be one of the tallest buildings in Mumbai. Although it only has only 40 floors, due to the non-standard design of the building, using the Indian construction standard of about 3.5m/floor, it will have the virtual height of a 70 storey tower, and will rival the nearby Imperial Twin Towers in height.
The tower will have 6 floors of parking; several floors of just gardens; a couple "entertainment" floors including a massive theater; 2 floors of guest apartments, and various floors dedicated to the kitchen, laundry and other services. Reliance Corporate offices will be in the bottom floors and the private Ambani family residence will make up the topmost several floors. A helipad is designed on top, but there is mixed reports on whether this feature has been actually approved by the authorities.

Construction of Mukesh Ambani’s new house at Altamount Road, where real estate prices are now in the region of Rs 75,000 per sq ft, began in late 2006, and the first six floors are already in place now. The building is expected to be complete in September 2008.
Features of the Home :
27 FLOORSAccording to the plan, the house will rise to a height of 173.12 meters, equivalent to that of a regular 60-storeyed residential building. However, Antilia will have only 27 storeys in all, which means each floor will have a ceiling considerably higher than the current average of nearly three meters.
SIX FLOORS FOR PARKINGThe first six floors — which have come up — will be reserved for parking alone, and that too for cars belonging only to Mukesh's family. Space for a total of 168 'imported' cars has been earmarked here.FLOOR FOR CAR MAINTENANCESources said the Ambanis would prefer to have all their cars serviced and maintained at an in-house service centre. This centre will be set up on the seventh floor.
ENTERTAINMENT FLOORThe eighth floor will have an entertainment centre comprising a mini-theatre with a seating capacity of 50.
BALCONIES WITH GARDENSThe rooftop of the mini-theatre will serve as a garden, and immediately above that, three more balconies with terrace gardens will be independent floors.
THE 'HEALTH' FLOORSWhile the ninth floor will a 'refuge' floor — meant to be used for rescue in emergencies — two floors above that will be set aside for 'health.' One of these will have facilities for athletics and a swimming pool, while the other will have a health club complete with the latest gym equipment.
FOR GUESTSThere will be a two-storeyed glass-fronted apartment for the Ambani family's guests above the health floors. One more refuge floor and one floor for mechanical works will be built on top of these apartments.
FAMILYThe four floors at the top, that will provide a view of the Arabian Sea and a superb view of the city's skyline, will be for Mukesh, his wife Neeta, their three children and Mukesh's mother Kokilaben.
AIR SPACE FLOOR
According to the plan, two floors above the family's residence will be set aside as maintenance areas, and on top of that will be an "air space floor," which will act as a control room for helicopters landing on the helipad above.
HELIPADThe plan states that three helipads are to be built on the terrace.However, Brihanmumbai Municipal Corporation officials told this paper that permission for the helipads has not been granted yet. "The residential plans were approved threefour years ago. Two levels of basement have also been shown in the proposed project," Sudhir Shinde, deputy engineer at the BMC's building proposals department said.
STAFFNearly 600 staffers are expected to work fulltime in the building, sources said.
TOTAL STATSAccording to BMC records, the total area of Mukesh's Altamount Road plot is 4,532.39 square meters. The proposed built-up area is 4,778.09 square meters (only for residential purposes), and the permissible built-up area 4,939.81 square meters.


Cita-cita saya juga mau punya rumah sebesar itu.
mungkin 1000 kali lipat lebih besar.
lokasinya : di Surga.

TERKINI 7 KEAJAIBAN DUNIA

1. The Great Wall of China (220 B.C and 1368 - 1644 A.D.), China





2. Palace Tombs of Petra (9 B.C. - 40 A.D.), Jordan




3. Christ Redeemer (1931) Rio de Janeiro, Brazil



4. Machu Picchu (1460-1470), Peru





5. The Pyramid at Chichén Itzá (before 800 A.D.), Mexico




6. The Roman Colosseum (70 - 82 A.D.), Italy



7. The Taj Mahal (1630 A.D.) Agra, India
.

TUJUH KEAJAIBAN DUNIA PURBA

1.Piramid Agung Giza,2.Taman Tergantung Babylon,3.Kuil Artemis,4.Berhala Zeus di Olympia,5. Makam Maussollos,6.Patung Raksasa Rhodes7.Rumah Api Iskandariah

The Great Pyramids of Egypt (Piramid Agung Giza)





Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.












The Hanging Gardens of Babylon (Taman Tergantung Babylon)

Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu kepada Raja Hammurabi yang terkenal, sekitar tahun 600 SM . Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas berandah atau suatu teres.




The Temple of Artemis (Kuil Artemis)

Kuil Artemis (B. Greek: Ἀρτεμίσιον Artemision, B. Latin: Artemisium) merupakan kuil tamadun Yunani Purba yang dibina untuk menyembah tuhan Artemis. Kuil ini dibina pada 550 S.M. di Ephesus yang terletak di negara Turki hari ini. Kuil ini tergolong dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia Purba tetapi telahpun dimusnahkan oleh Herostratus










The Statue of zeus Olympia( Berhala Zeus di Olympia)

Berhala Zeus di Olympia diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu Phidias (Kurun ke-5 Sebelum Masihi) kira-kira 435 SM, di Yunani"Di tangan kanannya, sebuah bentuk 'Kemenangan' yang dibuat daripada gading dan emas. Di tangan kirinya, cogan alamnya yang digenggam dengan keseluruhannya logam, dan seekor helang bertenggek di atasnya. Sandal dewa dibuat daripada emas, begitu jugalah dengan jubahnya." — Pausianas si orang Yunani (abad ke-2 Selepas Masihi).







Colossus of Rhodes (Patung Raksasa Rhodes)

Patung Raksasa Rhodes merupakan sebuah patung besar yang melambangkan tuhan Yunani purba Helios yang terletak di Rhodes, iaitu sebuah pulau Yunani. Patung ini didirikan oleh Chares dari Lindos antara 292 dan 280 SM dan merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia zaman purba. Patung Raksasa Rhodes berdiri setinggi 30 meter dan diperbuat daripada gangsa. Namun, selepas 56 tahun dibina, patung ini musnah akibat gempa bumi pada 226 SM.
The Mausoleum at Halicarnassus (Makam Maussollos)




Makam Maussollos di Halicarnassus (kini Bodrum, Turki) merupakan sebuah makam besar yang dibina untuk Satrap (Gabernur) wilayah Parsi Curia Maussollos oleh isteri dan adiknya Artemisia II dari Caria. Bangunan makam direka oleh arkitek Yunani purba Satyrus dan Pythius.
Tinggi makam ini 45 meter. Di dinding luarnya terdapat ukiran dan seni pahat. Antipater dari Sidon telah memasukkannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia.Makam ini dibina antara tahun 353 dan 350 SM dan berdiri selama 1,700 tahun.
Bangunan ini akhirnya musnah akibat beberapa gempa bumi pada abad ke-14 dan ke-15.





The Pharos Light of Alexandria (Rumah Api Iskandariah)

Rumah Api Iskandariah ataupun (Pharos Iskandariah) merupakan sebuah rumah api yang dibina pada abad ke-3 SM di pulau Pharos berhampiran dengan kota Iskandariah purba, Mesir purba.
Ketinggiannya dianggar melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun. Antipater dari Sidon telah menyenaraikannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunianya.

.

Sunday, January 4, 2009

Nazrin: Bersedia hadapi krisis ekonomi

Jan 3, 09 2:01pm


Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini menggesa rakyat Malaysia bersiap sedia menghadapi krisis ekonomi berpanjangan berikutan kelembapan ekonomi global dan krisis kewangan yang teruk sekarang.

"Bagi tahun-tahun mendatang, ancaman kelembapan ekonomi global dan krisis kewangan teruk terus menghantui fikiran kita semua.

"Kesannya terhadap ekonomi domestik tidak dapat dielakkan dan ini dicerminkan dalam langkah persediaan yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam menghadapi jangkaan kegawatan ekonomi domestik," titah baginda semasa berucap di persidangan Rotary International District 330 ke-74 di Ipoh, lapor Bernama."Ia merupakan petanda lebih banyak kesulitan boleh dijangkakan dan rakyat Malaysia perlu bersiap sedia sekiranya berlaku kegawatan (ekonomi).

"Raja Dr Nazrin merasmikan persidangan itu sebagai mewakili Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, yang merupakan penaung Kelab Rotary Perak.Baginda turut memuji kewujudan pertubuhan amal seperti Kelab Rotary yang amat penting berikutan punca sumber kini semakin berkurangan dan tahap keyakinan juga menurun pada masa sukar ini.

"Peranan anggota Rotary tidak boleh diketepikan. Kehadiran anda menawarkan keyakinan kepada masyarakat bahawa ada kumpulan yang boleh diharapkan apabiladiperlukan," titah baginda.

Baginda bertitah kira-kira 25 tahun lalu, apabila ayahanda baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak, hanya terdapat empat kelab Rotary di negeri ini tetapi bilangannya telah bertambah menjadi 14."Ini amat membanggakan kerana di satu pihak ketika kita menyaksikan dunia menjadi semakin materialistik dan individualistik; pada masa yang sama kita tidak kekurangan individu dan kumpulan yang berjiwa pemurah dan penyayang.

"Beta berharap lebih banyak kelab Rotary akan ditubuhkan supaya lebih ramai masyarakat akan mendapat manfaat daripada semangat sukarela dan permurah anda," titah baginda.
.