Saturday, January 3, 2009

sekolah perlu di naik taraf

Sekolah perlu dinaiktaraf bercirikan asrama penuh - TPM

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata sekolah menengah biasa perlu dinaikkan taraf menyamai ciri sekolah berasrama penuh bagi membolehkan lebih ramai pelajar mengikuti pembelajaran yang lebih bermutu di peringkat menengah. Timbalan Perdana Menteri berkata, ini berikutan tempat yang semakin terhad di sekolah asrama penuh dan jumlah pelajar yang mencapai keputusan cemerlang kian meningkat. Beliau berkata, di Pekan misalnya, sekolah menengah biasa iaitu Sekolah Menengah Seri Pekan akan dipertingkatkan kemudahan tertentu bagi mempunyai ciri-ciri sekolah berasrama penuh.

“Ini terpulang kepada Kementerian Pelajaran untuk mengkaji sekolah-sekolah lain yang sama seperti sekolah Menengah Seri Pekan ini yang boleh ditingkatkan bagi mempunyai ciri-ciri sekolah asrama penuh, infrastruktur, guru berwibawa, dasar pengambilan pelajar, kemudahan asrama dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini. Terdahulu, Najib menyampaikan anugerah kepada 393 pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Parlimen Pekan. Sementara itu, Najib berkata kerajaan masih optimis bagi mencapai Wawasan 2020 walaupun ekonomi dunia mengalami kemelesetan dan berharap semua pihak memainkan peranan ikut kemampuan masing-masing bagi merealisasikan Visi 2020.

No comments:

Post a Comment